MELAKA United FC mengakui bukan tugas mudah untuk menumbangkan Kuala Lumpur City FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin namun ia bukanlah satu yang mustahil untuk dilakukan.
Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berkata, justeru pasukannya perlu menggunakan segala kelebihan dimiliki untuk menyerap tekanan skuad Warga Kota selain sekurang-kurangnya perlu menjaringkan gol pada perlawanan tersebut supaya dapat membawa bekalan selesa pada perlawanan timbal balik di Melaka.