Polis Israel tembak mati guru Palestin

Iklan
Beberapa anggota pengawal sempadan mengawal lokasi kawasan tembakan di Kota Lama Baitulmaqdis pada Ahad. - Foto AFP

BAITULMAQDIS - Polis Israel menembak mati seorang guru Palestin dekat pintu masuk ke pekarangan kompleks Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur pada Ahad.

Menurut agensi berita Pihak Berkuasa Palestin, Wafa, lelaki yang mati ditembak itu ialah Fadi Abu Shukhaidan, 42, dari kem pelarian Shuafat.

Iklan
Iklan

Dia ditembak mati selepas dikatakan menyebabkan seorang penduduk Israel terbunuh dan mencederakan empat yang lain dekat pintu masuk ke pekarangan masjid tersebut.

Mangsa yang terlibat dalam kejadian itu ialah dua orang awam dan dua anggota polis rejim Zionis.

Iklan

Salah seorang daripada mereka yang berusia 30 tahun meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Sekolah menengah iaitu tempat lelaki Palestin itu bertugas kemudian diserbu oleh pihak berkuasa Israel.

Iklan

Beberapa anggota keluarga dan anak perempuannya di rumahnya turut ditahan pihak berkuasa rejim Zionis serta digeledah selepas kejadian itu.

Anggota-anggota pasukan khas Israel turut menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan golongan muda yang berada di rumah tersebut. - Agensi