Lipas dan tikus dalam kedai, tiga premis diarah tutup

Iklan
Peti sejuk sebuah premis makanan didapati dalam keadaan kotor.

HULU SELANGOR - Tiga premis makanan diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor

Bahagian Korporat MPHS dalam satu kenyataan berkata, terdapat lipas dan tikus ketika pemeriksaan melalui Operasi Pemeriksaan Premis Makanan (Ops Suci) pada 17 dan 18 November lalu.

Iklan
Iklan

"Kesemua premis itu dikenakan kompaun berdasarkan Undang-undang Kecil (UUK) establishment makanan (2007) MPHS dan penutupan selama 14 hari untuk pembersihan," kata kenyataan itu baru-baru ini.

Tambah kenyataan itu, dalam operasi tersebut sebanyak 17 premis di sekitar Bukit Beruntung diperiksa dan tujuh daripadanya berada pada tahap yang baik dan tujuh lagi tidak beroperasi.

Iklan

"Dalam operasi ini juga, sebanyak 13 notis pembetulan premis bersih telah dikeluarkan dan diberi masa selama 14 hingga 21 hari dari tarikh pemeriksaan dijalankan agar tindakan pematuhan premis makanan dipatuhi oleh pemilik premis," tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, operasi dilaksanakan bagi memastikan premis makanan berada dalam keadaan bersih dan mematuhi syarat-syarat kesihatan ditetapkan seperti mengambil suntikan pelali typhoid dan menghadiri kursus pengendali makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

Operasi dilakukan oleh Bahagian Kesihatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal MPHS dengan kerjasama jabatan dalaman yang lain seperti Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan dan Jabatan Pelesenan.