Zverev juara ATP Final 2021

Iklan
Zverev bersama trofi kejuaraan ATP Finals selepas menumbangkan Medvedev pada Ahad.

[DIKEMAS KINI] PEMAIN Tennis Jerman, Alexander Zverev merangkul kejuaraan ATP Final keduanya selepas mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Daniil Medvedev 6-4, 6-4 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Turin pada Ahad.

Zverev yang merupakan pemegang pingat emas olimpik Tokyo, memenangi trofi keenamnya musim ini sekali gus berjaya mengembalikan maruahnya setelah tewas lima kali berturut-turut kepada juara bertahan Medvedev.

Iklan
Iklan

"Ia perlawanan yang hebat. Saya memenangi perlawanan akhir ATP dan ini merupakan perlawanan terbaik buat saya.

"Tiada yang lebih baik untuk menamatkan musim selain daripada menang perlawanan ini dan jelas sekali saya sangat gembira. Saya tidak sabar untuk menanti aksi tahun hadapan,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, perlawanan akhir itu merupakan yang pertama sejak perpindahan kejohanan itu dari London dan juga buat kali pertama menampilkan dua pemain berusia 25 tahun ke bawah sejak 2005 pada aksi final.

Zverev juga merupakan pemain keempat dalam sejarah kejohanan memperoleh kemenangan separuh akhir dan akhir ke atas dua pemain dengan ranking lebih tinggi sejak kali pertama dilaksanakan oleh Andre Agassi pada 1990.

Iklan