Mohd Redzuan nafi desak tiga pemimpin Bersatu letak jawatan

Iklan
Kenyataan di media sosial yang disahkan palsu oleh Mohd Redzuan.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mendesak kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan jawatan berikutan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu berkata, kenyataan yang tular di media sosial mendesak tiga nama besar dalam kepimpinan parti itu supaya meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab atas kekalahan tersebut, adalah palsu.

Iklan
Iklan

Tiga individu tersebut ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

"Terdapat satu kenyataan yang tular di media sosial bertajuk Kekalahan Perikatan Nasional (PN) di Melaka harus ditanggung tiga individu yang menggunakan nama saya.

Iklan

"Saya menafikan sekeras-kerasnya yang kenyataan itu dibuat oleh saya.

"Kenyataan yang berunsurkan fitnah tersebut adalah tanggungjawab daripada pihak-pihak yang terdesak dan kecewa dengan berniat jahat untuk memecahbelahkan kesatuan pimpinan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Antara lain kenyataan palsu itu mendakwa kekalahan teruk PN adalah signal strategi membalas dendam tidak diterima rakyat dan kempen PN menemui kegagalan malahan amat memalukan.

"PN harus mempunyai pemimpin yang berjiwa besar termasuk kesudian kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

"Menggunakan Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ adalah kegagalan besar. Mengumumkan seorang YB lompat parti sebagai calon Ketua Menteri adalah satu kebodohan oleh PN,” ujar kenyataan palsu tersebut.