KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan tujuh kompaun dengan nilai RM10,500 kepada individu yang gagal memakai pelitup muka dengan sempurna dalam operasi bersepadu di Pasar Besar Siti Khadijah dan Medan Selera Bazar Buluh Kubu di sini pada Ahad.
JKNK menerusi kenyataan di laman Facebook memaklumkan, kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDDKTJ) Pelan Pemulihan Negara Fasa Tiga 2021.