Penternak digesa lebih cakna haiwan ternakan

Iklan
Lembu-lembu yang berkeliaran boleh membahayakan nyawa orang ramai terutama pengguna jalan raya.

JELI - Para penternak lembu di sekitar laluan ke bandar di daerah ini diingatkan lebih cakna agar tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran termasuk di jalan raya hingga mengancam keselamatan orang awam.

Seorang penduduk, Izani Zakaria, 45, berkata, lembu-lembu yang dibiarkan berkeliaran di kawasan itu termasuk di atas jalan raya boleh menyebabkan berlaku kemalangan terutama kepada orang luar yang tidak biasa dengan laluan di daerah itu.

Iklan
Iklan

"Ada banyak kemalangan yang berlaku di kawasan ini akibat melanggar lembu yang dibiarkan berkeliaran.

"Kita bimbang kerana keadaan ini menyebabkan kecelakaan yang boleh meragut nyawa pengguna jalan raya ketika melalui kawasan ini,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, penternak sedia maklum perbuatan mereka membiarkan ternakan berkeliaran boleh berbahayakan nyawa namun tindakan itu seolah-olah disengajakan dengan membiarkan ternakan berkeliaran.

"Sebagai pengguna dan penduduk di daerah ini, saya berharap penternak lebih prihatin dengan masalah ini dan tidak membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran terutama di atas atau di tepi jalan raya.

Iklan

Dia berkata, berdasarkan pemerhatiannya sepanjang menggunakan jalan di daerah itu, terdapat banyak kumpulan lembu antara lima hingga 10 ekor dalam satu kumpulan yang berkeliaran.

"Akibat dilepaskan berkeliaran juga turut menyebabkan jalan-jalan dicemari najis lembu,” katanya.