Lebih 1,730 artifak sejarah ditemukan di Turki

Iklan
Seorang suspek ditahan dan 1,730 artifak sejarah ditemukan dalam satu serbuan yang dilancarkan di Istanbul. Foto Agensi Anadolu

ISTANBUL - Seorang suspek ditahan dan 1,730 artifak sejarah ditemukan dalam satu serbuan yang dilancarkan di Istanbul, kata sumber keselamatan pada Isnin.

Serbuan di daerah Umraniye itu diadakan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Antara barangan yang dijumpai termasuk 774 objek dipercayai berasal dari zaman Hellenistik, Rom, Byzantine dan Uthmaniyyah, 532 fosil marin era Paleolitik serta 374 syiling era Uthmaniyyah. - Bernama