HULU SELANGOR - Bayi berumur setahun antara 11 mangsa yang dilaporkan terkandas di seberang sungai di air terjun Sungai Pinang Jalan Batang Kali, pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa tiba ke lokasi 14 minit kemudian.