Orang ramai tak sangka pengiring OKU bukan mahram

Iklan

Umum tahu situasi pengemis OKU penglihatan berjalan bersama rakan pengiring berlainan jantina sambil membawa tisu dari restoran ke restoran untuk memperoleh wang bukan aktiviti janggal di negara ini.

Tinjauan Wartawan Sinar Siasat mendapati rata-rata masyarakat memandang simpati terhadap seseorang OKU penglihatan itu dengan menyangka bahawa setiap rakan pengiring adalah sama ada isteri, suami, adik beradik atau anak kepada OKU tersebut.

Iklan
Iklan

Ketika diajukan mengenai pendedahan mengenai pengiring OKU rata-ratanya agak terkejut dan tidak menyangka bahawa selama ini anggapan mereka meleset.

Bagi Intan Noradlin Badarudin, 39, yang berasal dari Shah Alam misalnya, setiap kali didatangi oleh OKU penglihatan ketika dia sedang makan di mana -mana restoran, dia pasti memberikan wang kepada anak-anaknya untuk diberi kepada OKU yang datang bagi melatih anak-anaknya bersedekah.

Iklan

Bagaimanapun menurutnya, sebagai orang awam dia tidak boleh bertanyakan kepada pasangan OKU penglihatan bersama pengiringnya sama ada mereka suami isteri atau anak-beranak walaupun ingin mengetahui siapakah pasangan berkenaan.

"Saya cuma bersangka baik sahaja. Dulu tak ramai pasangan OKU penglihatan menjual tisu dari meja ke meja, tapi kini semakin ramai dan perkara ini memerlukan pengawasan dari pihak berkuasa," katanya.

Iklan
Intan Noradlin & Mohd Muzani

Bagi Mohd Muzani Md Nor, 32, selama ini dia beranggapan OKU penglihatan yang menghulurkan tisu dari meja ke meja adalah ditemani isteri, anak masing-masing atau adik-beradik OKU itu sendiri.

"Tak pernah terfikir pula mereka tiada pertalian tapi jika difikirkan memang OKU perlukan bimbingan dari orang lain. Bagaimanapun, mereka perlu berdikari seperti mana yang dibuktikan oleh Caliph Buskers," katanya yang berasal dari Meru, Klang.

Bagi Jamal Abdul Nasir, 62, dari USJ Subang Jaya, senario berkenaan merupakan senario biasa dilihatnya ketika berada di kedai makan.

Menurutnya, dia serta isteri akan pasti menghulurkan wang kepada pasangan yang dianggapnya suami isteri atau anak beranak walaupun cuma memberi wang kecil.

"Kita anggap sebagai sedekah sahaja, pun begitu dalam hal ini agensi berkaitan perlu mengambil perhatian seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Lembaga Zakat Selangor," katanya.