AMPANG – Tiga buah kereta musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Taman Seri Keramat, di sini, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12.09 tengah malam itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Menurut sumber, bengkel kenderaan seluas kira-kira 30x40 kaki persegi turut musnah 30 peratus.
"Seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan, operasi pemadaman itu turut dibantu tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat.
"Anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos dan dua pancutan dari air tangki pam jentera bomba sehingga api padam sepenuhnya.
Punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami pemilik bengkel berkenaan masih dalam siasatan.