BEKAS penyerang Barcelona, Lionel Messi meramalkan kelab Catalan itu akan berkembang di bawah pengendali baharunya Xavi yang dilihat mempunyai pengetahuan luas berkaitan bola sepak dan kelab tersebut.
Xavi sebelum ini dilantik sebagai pengendali baharu Barcelona susulan pemecatan Ronald Koeman pada bulan ini.
Malah bekas kapten Blaugrana itu turut berjaya mencatatkan kemenangan pertama Barcelona di bawah kendaliannya apabila menang 1-0 ke atas Sepanyol dalam aksi La Liga.
Keupayaan Xavi akan sekali lagi diuji menerusi pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Benfica, awal pagi esok, lantas Messi percaya bekas rakan sepasukannya itu berupaya untuk mengembalikan gergasi Catalan berkenaan ke landasan yang tepat
"Barcelona akan berkembang bersama Xavi. Dia seorang jurulatih yang berpengetahuan luas dan mengenali kelab itu dengan sempurna," katanya.
Sementara itu, pemain kelahiran Argentina mengakui pasukan yang diwakilinya kini, Paris Saint Germain menjadi pilihan untuk mengungguli pentas Eropah musim ini.
Ujar Messi, dia berasakan pasukan yang dibimbinh Mauricio Pochettino tersebut masih perlu bekerja keras untuk mencapai tahap yang diperlukan.
Semua orang mengatakan kami adalah pasukan pilihan dan saya tidak mahu menafikannya kerana ia bersandarkan nama (besar) kami, tetapi kami masih perlu berusaha untuk menjadi sebuah pasukan yang benar-benar ampuh,” katanya.