Guardiola yakin City mampu berdepan cabaran PSG

Iklan
Aksi bagi saingan peringkat kumpulan antara City dan PSG, September lalu. - Foto Gettyimages. Gambar Kecil :Guardiola - Foto Planet Sport.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola yakin skuad kendaliannya itu mampu berdepan cabaran Paris Saint Germain (PSG), pada aksi Liga Juara-Juara di Etihad, pada Khamis.

Menurutnya, biarpun bakal beraksi tanpa beberapa tonggak, Guardiola menaruh kepercayaan kepada kesebelasan sedia ada bagi menebus kekalahan 0-2 kepada skuad Les Parisiens itu di Parc des Princes September lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, kesebelasan sedia ada dilihat mampu memberikan saingan kepada pelawat setelah mempamerkan aksi mantap ketika menewaskan Everton dalam saingan LIga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.

"Kita tahu ada beberapa pemain seperti Kevin (De Bruyne) tidak dapat diturunkan kerana masih menjalani proses isolasi manakala kita juga belum pasti mengenai keadaan Jack (Grealish).

Iklan

"Cuma ketika ini, dia (Grealish) kelihatan masih belum cukup cergas untuk beraksi dan malah terlepas aksi dengan Everton Ahad lalu ekoran kecederaan yang dialaminya.

"Namun kalau diikutkan kepada aksi mantap pemain ketika menewaskan Everton, saya percaya kita akan sekali lagi berjaya mencatatkan kemenangan berdepan PSG,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, pada aksi peringkat kumpulan September lalu, City tewas 0-2 kepada PSG kesebelasan City yang diturunkan pada Ahad, mempamerkan aksi mantap dan berjaya melakar kemenangan 3-0 ketika berdepan Everton.

Justeru, kemenangan ke atas PSG Khamis ini bakal mengesahkan kemaraan skuad The Citizens itu ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan A.

Sementara itu Guardiola berkata, jika City berjaya menewaskan PSG, ia bakal mengulangi kemenangan pada aksi separuh akhir musim lalu yang menyaksikan skuad kendaliannya itu mara ke final Liga Juara-Juara.

"Kita menang 4-1 secara agregat ketika itu dan berdasarkan prestasi semasa, mungkin sejarah itu boleh diulangi,” katanya.