Banjir kilat: MPAJ kutip timbunan sampah, bersihkan lumpur

Iklan
Timbunan sampah memenuhi longkang akibat banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Ampang pada Isnin.

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menggerakkan beberapa jabatannya untuk melakukan kerja-kerja mengutip timbunan sampah sarap dan pembersihan lumpur di kawasan terjejas berikutan kejadian banjir kilat pada Isnin.

MPAJ dalam kenyataannya memaklumkan, beberapa jabatan dalaman MPAJ seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta Jabatan Khidmat Pengurusan telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di beberapa laluan utama terbabit.

Iklan
Iklan

"Kawasan terlibat di sekitar Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Lembah Jaya Selatan," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi MPAJ di sini pada Selasa.

MPAJ memberitahu, banjir kilat setinggi satu meter yang berlaku sejak jam 6 petang Isnin lalu membawa sampah dan lumpur ke kawasan sekitar.

Iklan

"Kerja-kerja pembersihan ini sudah bermula malam Isnin sebaik sahaja hujan berhenti dan telah disambung seawal jam 7 pagi Selasa.

"Longgokan sampah yang dibawa banjir memenuhi longkang dan perlu dialih serta dibersihkan segera," katanya.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, beberapa kawasan di sekitar Ampang dilanda banjir kilat berikutan hujan berterusan lebih satu jam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kawasan terlibat ialah di Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan,