'Henti tular nasi kandar ayam berulat'

Iklan
Azlan Shah menunjukkan laporan polis serta berita yang tular di media sosial.

IPOH - Orang ramai diharapkan tidak lagi menularkan klip video berhubung penemuan ulat pada ayam merah di Restoran Nasi Vanggey Cawangan Silibin baru-baru ini.

Pengurus Restoran Nasi Vanggey Ipoh, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadiq 28 berkata, klip video berdurasi 20 saat itu dipercayai ditularkan oleh seorang pelanggan yang makan di restoran itu sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, akibat penularan klip video berkenaan orang ramai dilihat mula memberikan pelbagai respon di media-media sosial khususnya meragui tahap kebersihan di restoran berkenaan.

"Satu klip video yang kata jumpa ulat pada ayam masak merah di Restoran Nasi Vanggey cawangan Silibin telah menjadi tular di WhatsApp dan juga Facebook.

Iklan

"Bagaimanapun, pihak Jabatan Kesihatan dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta pihak polis telah datang menyiasat, memeriksa restoran itu dan mendapati berita itu tidak benar," katanya.

Azlan Shah berkata demikian pada sidang media di Restoran Nasi Vanggey di Greentown, pagi tadi.

Iklan
zlan Shah menunjukkan ayam merah di restoran Nasi Vanggey Greentown.

Isu berkenaan dipercayai ditularkan oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'penjaga kawasan' berkenaan selain turut meminta wang perlindungan sebanyak RM300 sebulan.

Tambah Azlan Shah, lelaki terbabit kemudiannya datang lagi ke Restoran Nasi Vanggey itu dan kali ini mengadu terdapat ulat pada ayam merah yang telah habis dimakan olehnya.

"Pengurus restoran telah minta dia buat laporan polis, tetapi dia pula yang meminta wang pampasan sebanyak RM3,000 sebagai ugutan untuk tidak menyebarkan video yang dirakam olehnya.

"Kita juga sudah buat laporan polis telah dibuat di balai polis Sungai Senam untuk siasatan lanjut," katanya.