PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk 'Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang' seperti yang tular di media sosial.
KPM melalui kenyataan pada Isnin bagaimanapun menyenaraikan enam tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan kementerian.
Iklan
Iklan
Tatacara tersebut ialah Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran, SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah, SPI Bil 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin, SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid dan SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin.
"Sehubungan itu, KPM menegaskan bahawa tatacara pengurusan disiplin murid adalah berdasarkan garis panduan dan SPI yang dinyatakan di atas," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, tular di media sosial jadual bentuk hukuman fizikal dan emosi yang dilarang dilakukan oleh guru terhadap murid termasuk berleter.
Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan guru dan ibu bapa.
Artikel Berkaitan