Perak FC kini milik Impact Media

Iklan
Muhammad Yadzan (tiga dari kanan) memperkenalkan pemilik baharu Perak FC, Syarikat Impact Media & Communication Sdn Bhd yang diwakili Pengerusinya, Khairul Nizam Mahmood selepas sidang media di Pejabat PAFA di sini pada Selasa.

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengumumkan penjualan semua pegangan dalam Perak FC kepada syarikat Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd.

Pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, keputusan tersebut diambil selepas pembentangan IMC kepada PAFA selain kesungguhan bagi pengambilalihan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, segala urusan pengambilalihan Perak FC akan disegerakan dan semua urusan pasukan akan diserahkan kepada pemilik baharu.

"Berkuat kuasa pada hari ini segala urusan Perak FC, PAFA akan ambil alih sehingga segala transaksi selesai dan mereka juga akan berbincang mengenai pemain sedia ada dan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam masa terdekat. Dalam tempoh seminggu ini akan menstruktur semula pasukan Perak FC untuk tahun hadapan.

Iklan

"Kita harap dengan adanya komitmen daripada IMC kita harap semuanya berjalan lancar. Harap beri perkembangan yang sihat kepada dunia bola sepak terutamanya di Perak," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat PAFA, di sini pada Isnin.

Muhammad Yadzan berkata, nilai pengambilalihan tidak akan didedahkan setakat ini sehingga semua urusan selesai.

Iklan

Sementara itu, PAFA bersama IMC akan mengadakan pertemuan dengan pemain bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku dalam pasukan.

Menurutnya, mungkin tidak semua pemain akan dikekalkan dan berharap Perak FC mampu bersaing secara kompetitif pada musim akan datang.