Didesak berundur selepas kalah PRN Melaka, ini jawapan Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim

BANGI – [DIKEMASKINI] Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan permintaan agar beliau berundur sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) hanyalah satu pandangan.

Beliau turut memberi peringatan agar pandangan yang dilontarkan itu tidak dilihat sebagai angkuh dan menimbulkan reaksi yang tidak baik dalam kalangan orang lain.

Iklan
Iklan

"Itu sebab kita kena jaga. Lee Chin Chen tahu sedikit sahaja terus buat rumusan, dia kena lihat semua aspek kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak semudah itu.

"Anda jumpa di kampung, macam mana pandangan orang lain. Anda jumpa di bandar, masyarakat Cina, India, orang asli dan Melayu majoritinya. Ada beberapa kegelisahannya yang patut kita dengar,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku ‘Jejak-jejak Pencerahan Umat’ nukilan Datuk Dr Muhammad Nor Manuty di sini pada Selasa.

Iklan

Beberapa pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut dari DAP, Lee Chin Chen, mendesak Anwar berundur daripada menerajui gabungan parti pembangkang itu susulan kekalahan teruk PH pada PRN Melaka, Sabtu lalu.

PH hanya menang lima daripada 28 kerusi ditandingi, manakala semua 11 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut tewas.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Anwar perlu letak jawatan, bertanggungjawab atas kekalahan PH

Isu kedudukan Anwar: PH harus bertanggungjawab secara kolektif

Mengulas lanjut, Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sebagai ketua, beliau bertanggungjawab atas kekalahan PH dan menerima dua bekas ADUN UMNO bertanding pada PRN Melaka atas tiket PH.

"Saya kena pikul tanggungjawablah. Memang saya tidak dapat nafikan,” katanya.

Ketua Pembangkang itu turut berharap individu-individu yang mendesaknya meletakkan jawatan mencari punca sebenar mengapa PH menerima dua bekas ADUN UMNO dan mencalonkan mereka.

"Yang mengusulkan supaya empat orang itu menyokong PH adalah pimpinan PH Melaka, ketua Amanah (Parti Amanah Negara), ketua PKR dan ketua DAP. Peringkat awal, kita tidak setuju tetapi mereka yakin dengan cara ini dapat mengembalikan mandat PH.

"Kali kedua kita masih tidak bersetuju kerana kita kata orang-orang ini sesetengahnya belot kemudian. Kemudian bila bubar orang ini (dua ADUN UMNO) kata tidak berganjak walaupun dipelawa oleh UMNO.

"Sebab itu, bila bubar kita ada masalah. Macam mana kita boleh ketepikan dan buang begitu sahaja. Itu masalahnya, orang-orang ini tidak fikir itu semua,” jelasnya.

Kedua-dua bekas ADUN UMNO iaitu Datuk Seri Idris Haron yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan Datuk Nor Azman Hassan yang bertanding di DUN Pantai Kundor bagaimanapun gagal memenangi kerusi itu pada PRN Melaka Sabtu lalu.