Piala Dunia Remaja: Skuad negara teruja berdepan Chile

Iklan
Para pemain negara giat menjalani latihan kecergasan sebelum menyingkap tirai kempen saingan hoki Piala Dunia Remaja di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, pada Rabu. - Foto Malaysian Hockey Confederation

SKUAD remaja kebangsaan bertekad memberikan persembahan terbaik apabila menyingkap tirai kempen saingan hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2021 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, pada Rabu.

Menurut pemain tengah negara, Pavandip Singh Gurdip Singh, para pemain begitu teruja untuk memulakan kempen menentang Chile dalam aksi Kumpulan A tersebut.

Iklan
Iklan

Malah katanya, para pemain juga giat meningkat prestasi masing-masing selepas perlawanan persahabatan menentang Belanda sebelum ini.

"Kami bertekad untuk memberikan persembahan terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia dan berharap dapat melakarkan kemenangan," katanya.

Iklan

Untuk rekod dalam perlawanan pemanas badan menentang Belanda, skuad kendalian Wallace Tan kecundang 1-5.

Anak buah Wallace Tan, selepas menentang Chile akan berdepan Belgium sebelum bertemu Afrika Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan A

Iklan

Piala Dunia Remaja Lelaki 2021

Kumpulan A:

Belgium lwn Afrika Selatan, 12 tgh

Malaysia lwn Chile, 7.30 mlm