Suami jangan tunggu akaun bank disekat

Iklan
Gambar hiasan

SUAMI dan bekas suami yang culas memberi nafkah kini berdepan tindakan sekatan akaun bank.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam satu kenyataan Isnin lalu memaklumkan perkara itu susulan pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 yang diwartakan pada 10 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Menurut JKSM, sekatan terhadap akaun itu akan dilaksanakan sehingga suami atau bekas suami menyelesaikan hutang nafkah mereka.

Ketika ini ramai golongan wanita dikatakan teraniaya disebabkan tindakan bekas suami yang sengaja tidak membayar nafkah.

Iklan

Yang menyedihkan, perbuatan itu turut memberi kesan kepada anak-anak yang menjadi mangsa akibat perpisahan ibu bapa mereka.

Bagi pasangan suami isteri, nafkah adalah hak isteri yang wajib suami langsaikan. Malangnya, ada suami yang culas memberi nafkah dengan alasan isteri bekerja dan sudah ada gaji sendiri.

Iklan

Secara umum, nafkah ialah mengeluarkan belanja untuk tanggungan seperti isteri dan anak-anak, walaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatan lebih besar daripada suami.

Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan.Imam an-Nawawi menyebut nafkah untuk isteri secara lebih terperinci iaitu tempat tinggal, makanan, bahan-bahan masakan, pakaian, barang penjagaan diri, kelengkapan rumah dan pembantu jika isteri kebiasaannya mempunyai pembantu.

Sebenarnya, tiada alasan untuk suami atau bekas suami tidak membayar nafkah kecuali atas sebab yang dibenarkan seperti hilang upaya kekal.

Justeru, langkah menyekat suami menggunakan duit daripada akaun banknya sendiri ada kewajarannya. Tindakan itu diharap dapat memberi pengajaran, selain memaksa mereka menunaikan tanggungjawab.

Apatah lagi, laporan menunjukkan isu nafkah termasuk suami culas merupakan salah satu punca kes perceraian meningkat di Malaysia.

Namun, kita juga berharap sekatan itu nanti dilaksanakan secara adil dan tidak membebankan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi dalam fasa sukar pandemik Covid-19 sekarang.

Semua pihak perlu saling bertimbang rasa.