PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak berharap supaya pemain-pemain tidak menjadikan penat sebagai alasan setelah terikat 1-1 ketika berdepan Melaka United di Cheras pada separuh akhir pertama, menjelang timbal balik kedua saingan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat pada Jumaat.
Menurutnya, pada peringkat separuh akhir kedua seperti setiap pemain tidak menjadikan penat sebagai alasan utama tetapi sebaliknya sentiasa bersemangat untuk mengharungi cabaran kali ini.
Menurut pengendali KL City, Bojan Hodak pada peringkat separuh akhir seperti ini, tidak ada sebab bagi mana-mana pemain untuk memberikan alasan kepenatan.
"Apabila kita sudah berada di peringkat separuh akhir mahu pun di peringkat akhir, jadi tidak ada sebab untuk menjadikan penat sebagai alasan.
"Anda yang anda perlu buat adalah teruskan melangkah ke hadapan jika mahu mencatatkan kejayaan,” katanya.
Pada aksi separuh akhir kedua itu, KL City dikejutkan dengan jaringan pembukaan penyerang import Melaka United, Adriano Aparecido Narcizopada minit kelapan.
Bagaimanapun hasil satu serangan balas, The City Boys itu berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Zhafri Yahya pada minit ke-26.
Mengulas lanjut, Hodak berkata, KL City tidak dapat menurunkan tiga pemain tonggak yang dilaporkan masih mengalami kecederaan.
Bagaimanapun katanya, KL City akan tetap menurunkan kesebelasan terbaiknya bagi berdepan Melaka United nanti.
"Sebenarnya, kita kehilangan tiga pemain tonggak yang mengalami kecederaan yang berpanjangan, tetapi kita akan tetap turunkan pemain terbaik yang kita ada ketika ini ketika berdepan Melaka United,” katanya.