Nur Afia perlu RM90,000 untuk pembedahan jantung

Iklan
Nur Afia pada usia dua bulan telah menjalani dua pembedahan pada jantungnya.

BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun memerlukan wang RM90,000 bagi menampung kos pembedahan jantung untuk kali keempat.

Nur Afia Mikayla Abdul Khaliq sebelum ini telah menjalani tiga pembedahan, namun pembedahan kali ini adalah pelengkap untuk merawat masalah pada jantungnya.

Iklan
Iklan

Menurut ibunya, Aizatul Melissa Abdullah berkata, ketika mengandungkan Nur Afia, pemeriksaan mendapati, tiada masalah pada kandungannya selain tiada tanda-tanda menunjukkan Nur Afia tidak sihat.

Bagaimanapun katanya, selepas tiga jam dilahirkan, paras oksigen dalam badan anaknya itu semakin menurun ke paras yang berbahaya dan terpaksa dihantar ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Iklan

"Hasil pemeriksaan lanjut, Nur Afia telah disahkan mempunyai kecacatan jantung konginental iaitu jantungnya berada di posisi yang salah (mesorcadia) selain saluran darah yang nipis dan tertukar tempat.

"Dia telah menjalani tiga pembedahan secara berperingkat sejak lahir, dan kini, pembedahan jantung keempat ini merupakan pelengkap dengan kos sebanyak RM90,000. Kos ini terlalu tinggi menyebabkan kami buntu untuk mencari dana," katanya.

Iklan

Aizatul berkata, dia bersama suaminya, Mohd Hanif Mohtar, 24 dari Penaga, Butterworth kemudiannya memohon bantuan dari badan bukan kerajaan (NGO), One Hope Charity & Welfare untuk menguruskan kutipan derma dan rawatan hospital.

Pengerusinya, Datuk Chua Sui Hau berkata, Nur Afia telah menjalani dua pembedahan jantung ketika usianya dua bulan dan ketiga kali pada usianya setahun.

"Pada usia dua tahun, dia dipindahkan ke hospital swasta untuk menjalani pembedahan ketiga. Selepas itu, dia hanya perlu menjalani pemeriksaan berkala di hospital untuk penyakitnya itu.

"Bagaimanapun, ketika menjalani pemeriksaan pada bulan ini, pakar jantung telah memutuskan satu pembedahan jantung pelengkap perlu dijalankan pada kadar segera untuk menyelesaikan masalah pa-vsd (Pulmonari atresia with ventricular septal defect)," katanya.

Tambah beliau, Nur Afia tidak menunjukan simptom yang ketara namun mempunyai tanda sianosis di bahagian jari dan bibir. Sianosis adalah satu keadaan kulit dan membran mukus yang menjadi biru akibat kurangnya oksigen di dalam darah.

"Bapanya bekerja sebagai penghantar kurier dengan gaji pokok RM1,250 manakala ibunya seorang surirumah. Sebelum ini, mereka terpaksa menanggung kos pemeriksaan berkala yang agak tinggi.

"Selepas membuat beberapa pengesahan, One Hope Charity & Welfare mengambil keputusan untuk mengutip dana daripada orang awam dan menguruskan pembedahan Nur Afia. Sumbangan boleh disalurkan menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau melalui applikasi One Hope Charity," katanya.

Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun One Hope Charity & Welfare, Public Bank Berhad di nombor akaun 3201-42-8817.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian di 016-4192 192, 019-2322 192 atau 04-5399 212.