SYARIKAT farmaseutikal AstraZeneca membuka pusat penyelidikan yang bernilai 1 bilion pound dalam meningkatkan usaha membangunkan salah satu vaksin Covid-19 yang pertama.
Pembukaan itu turut dihadiri pewaris takhta Britain, Putera Charles yang memuji Cambridge sebagai pusat kerjasama saintifik.
Iklan
Iklan
Kompleks seluas 19,000 meter persegi itu terletak berhampiran Universiti Cambridge dan akan menempatkan lebih daripada 2,200 saintis penyelidikan.
Ia disertai kumpulan perniagaan yang ingin menjadikan cambridge sebagai hab penyelidikan sains hayat yang serupa dengan Lembah Silikon California bagi industri teknologi.
AstraZeneca bekerjasama dengan Universiti Oxford untuk membangunkan salah satu vaksin Covid-19 pertama yang diluluskan oleh pengawal selia di UK, Kesatuan Eropah dan negara lain.
Vaksin itu juga digunakan secara meluas di puluhan negara membangun kerana AstraZeneca telah berjanji untuk mengurangkan kos jualannya kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengaut untung.
AstraZeneca dalam rancangan memohon Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk meluluskan vaksin tersebut. - Awani