Pekerja hotel maut langgar lembu

Iklan
Mangsa yang mengalami cedera prah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

MELAKA - Seorang pekerja hotel maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu dalam kejadian di Jalan Simpang Bekoh - Rim Jasin, pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.25 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Aizal Abdullah,47, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera di kepala dan badan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Sempang Bekoh menghala ke Rim, Jasin.

"Setiba di lokasi kejadian, mangsa yang beralamat di Sungai Besi, Kuala Lumpur dipercayai gagal mengelak dan melanggar seekor lembu yang berada di atas jalan.

Iklan

"Akibat kemalangan itu penunggang motosikal terbabit cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang datang ke lokasi," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan