Keputusan eGTukar 6 Disember ini

Iklan
Mohd Radzi

PUTRAJAYA - Keputusan permohonan pertukaran guru bagi tahun 2022 melalui eGTukar akan dikeluarkan pada 6 Disember ini.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia akan memberi ruang untuk guru-guru melakukan persiapan sewajarnya.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH kita akan keluarkan keputusan permohonan pertukaran guru untuk tahun depan pada 6 Disember ini," katanya menerusi rakaman video yang disiarkan di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata, permohonan eGTukar antara perkara yang sering diajukan kepadanya terutama apabila penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

"Ini akan memberi ruang untuk guru-guru untuk melakukan persiapan sewajarnya," kata beliau.