Mandi dalam tangki air: Itu bukan Restoran AJ Maju!

Iklan
Mohd Faizal (kiri) dan Muhamed Mahathir membuat laporan polis menafikan video tular dan menggesa siasatan segera dibuat terhadap pihak tidak bertanggungjawab. Gambar kecil: video tular menunjukkan terdapat individu yang mandi di dalam tangki air milik restoran itu.

KUALA LUMPUR - Pemilik restoran AJ Maju terletak di Sungai Besi hari ini membuat laporan polis menafikan video tular menunjukkan terdapat individu yang mandi di dalam tangki air milik restoran itu.

Pemilik, Mohd Faizal Abdullah Muslim, berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan video itu menyebabkan operasi perniagaan restoran terjejas sehingga 80 peratus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketiga-tiga tangki yang terdapat atas premis restoran sentiasa tertutup dan akses laluan naik ke atas juga dikunci.

"Jika lihat ada video itu juga berbeza dengan keadaan di tempat tangki restoran kami. Tiada bangunan tinggi dan pokok. Pihak yang menularkan sepatutnya siasat dulu.

Iklan

"Mungkin video itu tangki air di bangunan lain sebab hanya 16 saat, orang boleh buat pelbagai andaian. Dalam video itu juga tidak ditunjukkan restoran kami.

"Ini mungkin cubaan pihak yang mahu sabotaj restoran kami. Semakan pada CCTV juga tidak menemui sebarang bukti ada orang yang naik ke bahagian tangki,”katanya.

Iklan
Perbezaan latar belakang lokasi tangki air membuktikan ia bukan milik Restoran AJ Maju.

Dalam pada itu, Pengurus Restoran AJ MAJU, Mohamed Mahathir Ghani, menjelaskan tangki air hanya disalurkan untuk kegunaan tandas sahaja.

Ujarnya operasi restoran itu menggunakan air daripada saluran paip Syabas.

"Mana-mana restoran pun akan guna air saluran paip secara terus. Restoran kami juga pasang alat penapis.

"Dua jam selepas video tular pihak Jabatan Kesihatan DBKL dah datang buat pemeriksaan dan mereka puas hati,”katanya.

Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan meninjau ke restoran berkenaan mendapati terdapat perbezaan latar belakang video berkenaan dengan lokasi yang didakwa.

Terdahulu video berdurasi 16 saat itu menunjukkan terdapat individu yang mandi di dalam salah sebuah tangki atas bangunan. Perbuatan itu menimbulkan kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut menjijikkan.