Gabungan Parti Sarawak

Iklan

Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) mula dipasang pada perahu tambang ketika menyusuri sungai berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika tinjauan Bernama hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Iklan
Iklan

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.

Seramai 1,252,014 pengundi di Sarawak layak mengundi dalam PRN ini dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan; 10,458 anggota polis serta pasangan dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara. - Foto Bernama.

Iklan
Iklan