Rakyat Malaysia koma di Korea Selatan meninggal dunia

Iklan
Rozzana Mat Nanyan yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan koma di Hospital Myongji, Korea Selatan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.46 pagi Rabu (waktu Malaysia).

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia, Rozzana Mat Nanyan yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan koma di Hospital Myongji, Korea Selatan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.46 pagi Rabu (waktu Malaysia).

Pemergian Allahyarham Rozzana yang berusia 35 tahun itu disahkan kakak tirinya, Nur Diana Abdul Rahim Lee, 46.

Iklan
Iklan

Nur Diana yang kini berada di sana berkongsi khabar duka itu di halaman Facebook peribadinya.

"Bismillah. Perjuangan Rozzana berakhir jam 10.46:35 (waktu Korea Selatan) 9.46:35 (waktu Malaysia) 24/11/2021," kata Nur Diana.

Iklan

Menurut Nur Diana, jenazah Rozzana akan dikebumikan di Korea Selatan tanya menyebut lokasi pengebumian.

Allahyarham Rozzana sebelum ini dilaporkan tidak sedarkan diri sejak 2 Oktober lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas

Iklan

Pekerja di kilang pembuatan buku dan kalendar di Incheon itu ditidurkan oleh pasukan perubatan bagi mengelak daripada diserang sawan.

Susulan itu, Kedutaan Malaysia di Seoul berusaha menghulurkan bantuan kepada Rozanna selepas berita rayuan keluarga Allahyarham dilaporkan oleh akhbar Harian Metro pada 10 Oktober lalu. - Awani