Siasatan terhadap Ebit Lew masih berjalan

Iklan
Foto Facebook Ebit Lew

KUALA LUMPUR - Siasatan melibatkan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau Ebit Irawan Ibrahim Lew tidak pernah ditutup pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, tiada maklumat terkini berkaitan kes ini setakat ini.

Iklan
Iklan

"Ingin ditegaskan kes ini tidak pernah ditutup dan tidak pernah ada rujukan untuk NFA.

"Siasatan masih diteruskan dan pihak polis sentiasa mengalukan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Pada 1 Oktober lalu, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi diambil keterangan.

Beliau hadir bersama isterinya untuk disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Iklan

Ogos lalu Ebit Lew telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman.