PRN Sarawak: GPS sudah lama bersedia

Iklan
Abdul Rahman.- Foto fail Bernama

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung pada 18 Disember ini.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat bukan hanya dilaksanakan semasa musim pilihan raya sebaliknya berterusan dan sepanjang masa.

Iklan
Iklan

"Tarikh sudah diumumkan dan kita akan terus bekerja sepanjang masa," katanya dalam kenyataan bagi mengulas mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian yang diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada Rabu mengumumkan 6 Disember ini sebagai hari penamaan calon dan 18 Disember hari pengundian. - Bernama

Iklan
Iklan