KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Mengkarak 1 di Bera, Pahang yang dijadual tamat pada Khamis, dilanjutkan hingga 2 Disember.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penelitian risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.