Dua maut dalam kemalangan berasingan

Iklan
Kedua-dua kereta remuk dalam kemalangan maut di Jalan Simpang Kampung Pengkalan Perigi.

MELAKA TENGAH - Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan di daerah ini dan Alor Gajah di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad memaklumkan kejadian pertama berlaku di Jalan Simpang Kampung Pengkalan Perigi.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian jam 12.45 pagi, mangsa Mohd Zamri Ya'cob, 37, yang memandu kereta jenis Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian, manakala sepasang suami isteri parah dalam kemalangan yang berlaku

Afzanizar berkata, setiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Mohd Zamri dari arah Pantai Kundur ke Tanjung Kling secara tiba-tiba hilang kawalan.

Iklan

Menurutnya, impak kemalangan itu kereta mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung kereta yang dinaiki pasangan K Sathiya Moorthy, 31, dan isterinya B Kogilavany, 37, yang menaiki kereta jenis Mazda.

"Mangsa yang mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Manakala pasangan itu masing-masing mengalami patah kaki dan luka di beberapa anggota badan dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Motosikal mangsa yang diseret sejauh 70 meter dan mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Sementara itu, dalam kejadian berlainan, seorang warga emas, Karim Munir,65, maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan berdekatan simpang tiga Hutan Percha menghala ke arah Bukit Bulat lebih kurang jam 7.35 pagi tadi.

Pada masa sama, sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 43 tahun dari arah yang sama gagal mengelak lalu mengheret motosikal jenis Yamaha 135 LC mangsa menyebabkan mangsa diseret sejauh kira-kira 70 meter.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.