Djokovic bangga kembali beraksi di Piala Davis

Iklan
Djokovic. - Foto USA Today Sports

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic berbangga apabila sekali lagi berpeluang beraksi bersama skuad tenis Serbia bagi mengharungi saingan tenis Piala Davis mulai 25 hingga 30 November ini.

Menurut Djokovic, peluang itu akan dimanfaatkannya sebaik mungkin bagi menebus kekalahan pada peringkat suku akhir edisi 2019 lalu ketika dirinya beraksi dalam acara beregu bersama Viktor Troicka.

Iklan
Iklan

"Ia satu perasaan yang hebat apabila dapat kembali beraksi bersama skuad Piala Davis sekali lagi.

"Sememangnya memori pada edisi 2019 lalu adak menyedihkan, tetapi kami semua cukup bermotivasi untuk kembali beraksi sekali lagi di sini,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Troicka yang beraksi selaku kapten bersama Austria dan Jerman dalam saingan Kumpulan F kali ini, turut menurunkan pemain-pemain seperti Filip Krajinovic, Dusan Lajovic, Laslo Djere dan Miomir Kecmanovic.

Mengulas mengenai persiapan skuad Serbia, Djokovic berkata, pihaknya berpuas hati dengan bayaran serta bantuan daripada kerajaan semuanya berjalan dengan baik dan pemain-pemain dilihat bersemangat untuk beraksi.

Iklan

Malah katanya, kesemua mereka bersahabat baik sejak sekian lama dan ia dilihat dapat membantu persefahaman yang baik dalam kalangan pemain.

"Persahaman ini juga dilihat sebagai salah satu kaedah dalam usaha mencapai kemenangan. Lagi pun, ia melibatkan aksi-aksi yang pastinya.

"Secara keseluruhannya, chemistry dalam pasukan kelihatan baik dan saya berharap ia berterusan selepas ini,” katanya.