DFL tolak gesaan henti sementara Bundesliga sehingga Disember

Iklan
Bayern antara kelab terjejas selepas sebahagian besar pemainnya positif Covid-19 menjalani kuarantin.

LIGA Bola Sepak Jerman (DFL) pada Rabu menolak gesaan untuk menghentikan musim Bundesliga selama beberapa minggu susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara tersebut.

DFL yang merupakan pengendali dua liga teratas Bundesliga sebelum digesa Presiden kelab divisyen kedua Erzgebirge Aue, Helge Leonhardt, untuk menghentikan perlawanan liga sehingga Disember.

Iklan
Iklan

Kata, Leonhardt bola sepak perlu menjadi contoh dan mengutamakan keselamatan orang ramai bagi mengurangkan risiko jangkitan yang besar sekali gus mengurangkan beban yang ditanggung sistem kesihatan Jerman.

"DFL telah mengambil maklum komen Presiden Erzgebirge Aue dan sebarang langkah yang akan dilakukan DFL akan mengikut nasihat pihak berkuasa negeri.

Iklan

"Barisan yang diluluskan bagi semua 36 kelab (dalam dua divisyen teratas) sejak permulaan wabak sentiasa bertindak berdasarkan garis panduan negeri.

"Lockdown atau erti kata gangguan musim ini bukanlah satu isu," kata DFL dalam satu kenyataan.

Iklan

Jerman ketika ini mencatatkan rekod 66,884 jangkitan Covid-19 baharu dan 335 kematian dicatatkan akibat virus tersebut, sekali gus menjadikan jumlah kematian hampir kepada 100,000 menurut institut penyakit berjangkit, Robert Koch.