Guardiola gembira aksi mantap City

Iklan
Penyerang City, Raheem Sterling (kanan) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan PSG, pada perlawanan berkenaan. - Foto EPA

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola gembira dengan aksi mantap skuad kendaliannya itu ketika menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 di Etihad pada Khamis.

Menurut Guardiola, skuad The Citizens itu telah mempamerkan aksi cemerlang biarpun tanpa kelibat beberapa pemain tonggak seperti Kevin de Bruyne, Jack Grealish dan Phil Foden.

Iklan
Iklan

"Biarpun beraksi tanpa beberapa tonggak, namun kami beraksi dengan cukup baik pada perlawanan ini bagi berdepan PSG yang membariskan pemain hebat seperti Neymar, (Lionel )Messi dan (Kylian) Mbappe.

"Penonton juga gembira dengan aksi yang dipersembahkan dan kami berharap agar aksi seperti ini bakal berterusan,” katanya.

Iklan

Pada perlawanan berkenaan, PSG mengejutkan City menerusi jaringan Kylian Mbappe pada minit ke-50, namun Raheem Sterling kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-63 sebelum pemain gantian, Gabriel Jesus menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-76.

Kemenangan itu menyaksikan City mengesahkan slot ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan A dan menjadi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) kedua selepas Liverpool.

Iklan

Sementara itu, Guardiola turut mengakui sedang merangka peracangan bagi mengharungi peringkat kalah mati Liga Juara-Juara kelak.

Bagaimanapun katanya, ketika ini kesebelasan City diingatkan untuk memberikan perhatian terhadap saingan Liga Pedana Inggeris (EPL),bagi mengukuhkan kedudukan dalam carta liga.

"Kami sungguh gembira kerana berjaya mara ke peringkat seterusnya. Tahniah kepada semua yang terlibat.

"Sekarang, kita boleh berikan fokus pula kepada saingan EPL dan seterusnya beraksi di peringkat kalah mati Februari depan dan seterusnya memastikan slot ke suku akhir pula,” katanya.