PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers menamatkan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan kemungkinan beralih ke Manchester United, apabila komited untuk membangunkan The Foxes di Stadium King Power.
Rodgers sebelum ini dikaitkan dengan jawatan pengurus di United susulan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer pada hujung minggu dan bekas pemain The Red Devils, Michael Carrick akan bertanggungjawab mengendali pasukan itu buat sementara waktu.
Iklan
Iklan
"Ia tidak benar. Gosip yang mengaitkan saya dengan United akan sentiasa ada sehingga mereka melantik pengurus sepenuh masa yang baharu.
"Komitmen saya adalah di sini. Budaya di sini adalah mengenai pembangunan pemain dan di situlah saya melihatnya, lebih-lebih lagi dalam tempoh ini.
"Saya menghormati anda mempunyai soalan untuk ditanya tetapi itu tidak termasuk saya," kata Rodgers.
Leicester kini berada di tangga ke-12 dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika ini selepas permulaan musim yang kurang memberangsangkan.
Pengurus Paris Saint Germain, Mauricio Pochettino juga telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford namun bekas pemain Argentina itu, yang sebelum ini membimbing Tottenham Hotspur ke final Liga Juara-Juara, berkata dia gembira di kelab Perancis itu.