KPWKM sasar perluas pusat transit mangsa keganasan rumah tangga

Iklan
Rina (tengah) menyampaikan Anugerah Skuad Waja Prihatin pada Program Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan Majlis Aspirasi Skuad Waja 2021 di Dewan Serbaguna Ampang Hilir di sini pada Khamis.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhasrat memperluaskan program masjid sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga di seluruh negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kementeriannya akan berkolaboratif dengan jabatan agama Islam di seluruh negeri supaya inisiatif itu memberi manfaat kepada lebih ramai mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini dua masjid di Wilayah Persekutuan iaitu Masjid Ghufran, Taman Tun Dr Ismail dan Masjid Wilayah Persekutuan telah dijadikan projek rintis.

"Dalam projek ini, masjid akan menerima dan memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga dengan menyediakan bilik asrama, keperluan asas hemah diri dan makan minum mengikut keperluan sepanjang berlindung di masjid.

Iklan

"Selain itu, sebanyak 12 masjid lain sekitar Kuala Lumpur telah dipilih menjadi pusat aduan bagi mangsa keganasan rumah tangga," katanya selepas merasmikan Program Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan Majlis Aspirasi Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) 2021 di Dewan Serbaguna Ampang Hilir di sini pada Khamis.

Beliau berkata, program itu bukan hanya menyediakan pusat transit sebaliknya ahli jawatankuasa masjid turut dilatih mengenai 'psiko sosial' bagi menangani setiap kes yang diterima.

Iklan

"Sekurang-kurangnya, kita bukan hanya membantu wanita, tetapi kita juga bantu memperkasakan komuniti masjid. Ini juga adalah tindakan proaktif kerajaan untuk menyediakan tempat mangsa mendapatkan bantuan.

"Kemudahan ini dibuka kepada semua dan tidak dihadkan kepada golongan tertentu sahaja," katanya.

Katanya, buat masa ini projek rintis tersebut ditumpukan kepada masjid terlebih dahulu dan tidak menolak untuk memperluaskan ke rumah ibadah lain pada masa datang.