KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura kekal komited untuk menyelesaikan isu sempadan maritim antara kedua-dua negara, termasuk pelaksanaan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkenaan isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan akhbar bersama Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan selepas Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) bermesyuarat secara maya pada Selasa untuk meneruskan perbincangan mengenai kedaulatan ke atas tiga pulau itu.