Putin bantah cadangan EU kenakan sekatan terhadap Belarus

Iklan
Vladimir Putin - Foto fail Reuters

MOSCOW - Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu membantah cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Belarus, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perbincangan mengenai krisis pendatang di sempadan Belarus-Poland, menerusi telefon dengan Presiden Majlis EU Charles Michel, menurut kenyataan pejabat Presiden (Kremlin).

Iklan
Iklan

Putin berharap Michel akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Poland untuk mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan dan mencegah kekerasan terhadap migran.

Kedua-dua pemimpin turut mebincangkan mengenai perkembangan di Ukraine, Afghanistan, Libya, dan Nagorno-Karabakh.

Iklan

Sejak Ogos, negara-negara EU yang bersempadan dengan Belarus – Lithuania, Latvia dan Poland – telah melaporkan peningkatan jumlah kemasukan migran yang mendadak.

Lebih 8,000 migran cuba memasuki blok itu melalui sempadan Belarus-EU pada 2021, meningkat mendadak berbanding hanya 150 orang tahun lalu.

Iklan

Pada minggu lepas, sekurang-kurangnya 2,000 migran termasuk wanita dan kanak-kanak terkandas di kawasan sempadan Belarus-Poland, dalam keadaan menyedihkan. - Bernama