Terlalu awal beri peluang remaja 18 tahun calon pilihan raya

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan diharap dapat mengkaji semula keputusan untuk membenarkan remaja seawal usia 18 tahun menjadi calon pilihan raya.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Kavita Maheendran, adalah lebih baik sekiranya kerajaan memperkasakan sistem pendidikan negara untuk mempersiapkan golongan itu dengan pendedahan sekucupnya terlebih dahulu sebelum memasuki arena politik dan memahami cara dan bentuk pentadbiran negara.

Iklan
Iklan

Kavita berkata, sistem pendidikan negara tidak menyediakan sebarang silibus sebagai persediaan di peringkat sekolah khususnya dalam menghadapi sistem pilihan raya mahupun mengenai amalan demokrasi di negara ini.

"Kerajaan harus ada pelan jangkamasa panjang untuk buat persediaan daripada umumkan (remaja 18 tahun jadi calon pilihan raya) tapi tidak ada tindakan susulan untuk sediakan para belia kita untuk menghadapi situasi ini.

Iklan

"Malah mereka (remaja) juga mungkin masih tidak tahu apa itu pengasingan kuasa atau perkara-perkara asas seperti perbezaan antara Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan negara. Seandainya kita tidak ada sistem pendidikan seperti itu mungkin idea ini bukanlah sesuatu yang bijak,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Kavita lagi, dalam beberapa siri pilihan raya lepas juga menyaksikan masih ada golongan belia bertindak tidak keluar mengundi disebabkan beberapa faktor yang perlu dikaji dan dilihat oleh kerajaan.

Iklan

"Ada dalam kalangan mereka tidak ada kepercayaan terhadap ahli politik atau mereka rasa satu undi mereka itu tidak membawa perubahan yang baharu kepada negara.

"Kita harus tukar cara pemikiran ini. Kami harap kerajaan perlu meneliti dan adakan persediaan dahulu,” kata beliau lagi.

Realitinya, Kavita berpendapat, masih terlalu awal bagi kerajaan untuk membenarkan golongan belia terlibat atau menjadi calon dalam sistem pilihan raya dalam negara ketika ini. - Awani