KUANTAN - Kerajaan Pahang mengarahkan semua parit dan longkang diselenggara sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.
Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, arahan itu dikeluarkan kepada agensi berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).