Polis panggil individu muat naik poster guna gambar Ketua Polis Kedah

Iklan
Asisten Komisioner Adzli Abu Shah

SUNGAI PETANI - Polis akan mengambil keterangan individu yang memuat naik poster mengenai satu program menggunakan nama dan gambar Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, individu berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dalam masa terdekat,

Iklan
Iklan

"Poster tersebut dimuat naik di Instragram, memaparkan konon terdapat program membabitkan Ketua Polis Kedah.

"Bagaimanapun, hasil semakan serta siasatan lanjut mendapati program tersebut tidak wujud.

Iklan

"Kami menafikan penglibatan Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam program berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Adzli, siasatan mendapati pemilik akaun Instagram memuat naik poster serta artikel berhubung progra berkenaan bertarikh 25 November 2021.

Iklan

Katanya, nama serta gambar kerabat diraja Kedah, Tunku Nur Muhammad Tunku Adnan dan Pengerusi Agro Kedah, Datuk Wan Zulkifli turut digunakan.

"Antara atur cara program yang disenaraikan termasuk majlis penanaman pokok, majlis pembukaan restoran, dan majlis penyerahan bakul makanan agro Malaysia," katanya.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat bagi menyiasat lebih lanjut berhubung penyiaran poster itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.