Bekas pembantu perubatan Idris Safie memeriksa buah nanas yang ditanam di ladangnya di Pondok Upeh ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Usia tidak menghalang seorang warga emas berusia 75 tahun itu mengusahakan ladang nanas seluas 2 hektar secara kecil-kecilan.
Beliau mengakui kehidupan yang dilakukan kini lebih ceria dan tenang kerana banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menanam buah nanas pada sebidang tanah berkeluasan dua hektar yang dipajak sejak tiga tahun lalu.
"Selepas saya pencen pada usia 56 tahun, saya sering menghabiskan masa dengan menanam pelbagai jenis pokok sayur antaranya pokok timun, petola dan juga jagung. Tapi hasil tanaman itu ada untuk makan sendiri ada juga untuk dijual di pasar berdekatan,’ katanya kepada Bernama.
Menurut duda kepada lima orang anak perempuan itu, kesunyian yang dialami dek kerana kehilangan isteri tercinta sejak empat tahun lalu disebabkan sakit tua sedikit terubat apabila masa yang diluangkan di kebun nanas sepanjang hari akhirnya membuahkan hasil. - Foto Bernama