Beberapa orang terbunuh dalam insiden letupan di Mogadishu

Iklan
Beberapa orang dilaporkan terbunuh dalam satu insiden letupan di Mogadishu, ibu negara Somalia pada Khamis. - Foto AP

MOGADISHU - Beberapa orang dilaporkan terbunuh dalam satu insiden letupan di Mogadishu, ibu negara Somalia pada Khamis, kata polis dan saksi.

Menurut sumber polis, letupan yang berlaku berhampiran persimpangan KM4, Mogadishu itu menyebabkan beberapa orang terkorban, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kami difahamkan beberapa orang termasuk pelajar telah terbunuh dalam letupan itu.

"Kami akan memberi butiran lanjut kemudian," kata pegawai itu.

Iklan

Saksi berkata, mereka mendengar letupan besar di daerah Hodan dan beberapa bangunan rosak.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Bernama

Iklan