Kit ujian kendiri Covid-19 serendah RM4.90

Iklan
Nanta (dua dari kanan) ketika melakukan lawatan di 99 Speedmart pada Rabu.

SHAH ALAM - Kit ujian pantas (RTK) antigen Covid-19 menggunakan sampel air liur kini boleh didapati dengan harga serendah RM4.90 seunit tanpa menjejaskan kualiti peranti tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hal berkenaan merupakan satu perkembangan positif memandangkan kit ujian tersebut dilihat sudah menjadi satu keperluan penting kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, pekerjaan, sekolah dan institusi pengajian tinggi, keperluan untuk membuat ujian kendiri kini juga menjadi lebih mendesak dan perlu dilakukan dengan kerap.

"KPDNHEP sentiasa mendengar keluhan rakyat yang terkesan akibat penjualan set ini yang dijual pada harga tinggi, sebelum ini. Melalui usaha yang diadakan oleh kementerian, kita sudah berjaya menurunkan harga kit ujian kendiri ini dari RM39.90 kepada harga siling RM19.90, di peringkat runcit.

Iklan

"Melalui perbincangan berterusan yang diadakan bersama KPDNHEP dan Kementerian Kesihatan Malaysia, saya bersetuju harga kit ini perlu diturunkan lagi, tanpa berkompromi dengan kualiti kit ujian ini.

"Semestinya saya mahu kit ini dapat dibeli dengan harga mampu milik agar semua rakyat dapat melakukan sendiri ujian secara kerap,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut Nanta berkata, strategi yang dilaksanakan kementeriannya untuk memperluaskan penjualan kit ujian kendiri kepada rangkaian sektor peruncitan di dalam negara dilihat berjaya menurunkan harga peranti berkenaan sehingga mencecah paras RM6.90.

"Tetapi hari ini, saya amat gembira melihat inisiatif yang diambil oleh 99 Speedmart yang sudah mula menjual kit ini pada harga RM4.90 seunit.

"Kerjasama dari peniaga seperti ini amat kami hargai, kita sama-sama membantu meringankan beban rakyat, terutama dalam usaha mengawal dan menurunkan jumlah kes Covid-19 di negara kita.

"Saya berharap lebih banyak premis akan mengambil langkah yang sama dalam waktu terdekat,” katanya.