KUCHING - Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang ke-12.
Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pemilihan calon ditentukan oleh parti komponen dan akan diumumkan kemudian.
Iklan
Iklan
"Terpulang kepada parti komponen untuk menentukan calon masing-masing. Kita akan bertanding di semua 82 kerusi DUN,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Khamis.
Pada Rabu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.
SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember. - Bernama