Terima surat teguran gara-gara bawa anak ke Parlimen

Iklan
Creasy mengendong anaknya ketika membahaskan isu tentang program kredit di Parlimen pada Selasa. - Foto: Agensi

LONDON - Ahli Parlimen Britain, Stella Creasy menerima surat teguran gara-gara membawa anaknya yang berusia tiga bulan menghadiri sesi debat di Dewan Westminster pada Selasa.

Surat teguran yang diterima menerusi e-mel itu turut merujuk kepada Peraturan No 42 berkaitan Kelakuan dan Kesopanan yang melarang mana-mana ahli Parlimen membawa anak mereka ke dewan tersebut.

Iklan
Iklan

Tindakan Creasy yang berkongsi salinan e-mel itu di Twitter turut mendapat pelbagai reaksi hingga menyebabkan beberapa ahli dewan yang terdiri daripada satu pertiga wanita menggesa Parlimen untuk mengubah peraturan tersebut bagi memudahkan anggota wanita menjalankan tugas mereka.

Sebagai respons terhadap gesaan itu, Speaker Dewan Rakyat, Lindsay Hoyle pada Rabu mengesahkan Jawatankuasa Prosedur Parlimen akan mengkaji semula peraturan tersebut.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Creasy pernah membawa anak lelaki dan anak perempuannya yang berusia dua tahun di Dewan Westminster serta tidak pernah menghadapi sebarang masalah sebelum ini. - Agensi