Eropah bakal wajibkan suntikan dos penggalak

Iklan
Suruhanjaya Eropah bercadang mewajibkan suntikan vaksin penggalak kepada penduduknya yang mahu melancong bermula musim panas depan.

SURUHANJAYA Eropah bercadang mewajibkan suntikan vaksin penggalak kepada penduduknya yang mahu melancong bermula musim panas depan.

Mereka yang mendapat suntikan penggalak juga tidak lagi perlu menjalani ujian dan proses kuarantin.

Iklan
Iklan

Blok Eropah turut mengemukakan cadangan menerima semua vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi tujuan perjalanan.

Ini bermakna Eropah akan menerima penerima vaksin keluaran China dan India yang melakukan perjalanan bukan kritikal.

Iklan

Penyeragaman peraturan di semua 27 negara anggota ini bertujuan membenarkan perjalanan bebas.

Namun ia kini berdepan sekatan baharu, susulan peningkatan kes jangkitan.

Iklan

Cadangan ini dikemukakan ketika Eropah sekali lagi menjadi pusat penularan Covid-19 selepas berjaya dengan program vaksinasinya.

Usul ini perlu diluluskan di peringkat Parlimen Eropah dan perbahasan mengenainya sudah bermula pada Selasa.

Pesuruhjaya Kesihatan EU menganggarkan setakat ini peratusan vaksinasi bagi populasinya hanya setakat 65 peratus. - Awani