Arsenal mahu lepas geram berdepan Newcastle

Iklan
Mikel Arteta - Foto Eurosport

BIAPRUN masih ‘terluka’ dengan kekalahan 0-4 kepada Liverpool minggu lalu, Arsenal tetap menyasarkan kemenangan pada aksi berdepan pasukan tangga tercorot, Newcastle United pada Sabtu.

Malah, menurut pengendali Arsenal, Mikel Arteta, dia berharap kesebelasan The Gunners dapat menjadikan aksi berdepan The Magpies itu medan melepaskan ‘geram’ berikutan kekalahan memalukan kepada The Reds.

Iklan
Iklan

"Kami sudah tidak sabar untuk mengharungi perlawanan ini kerana setelah mengalami kekalahan, kami mahu memastikan pasukan ini kembali berada pada landasan yang betul semula.

"Kami juga berada pada prestasi terbaik ketika ini. Kami bermain di tempat sendiri. Kami ada penyokong yang akan sentiasa memberikan sokongan kepada kami.

Iklan

"Justeru, sudah tentu kami akan berikan aksi terbaik dan menamatkan perlawanan kali ini dengan kemenangan,” katanya.

Untuk rekod, Arsenal kini berada pada kedudukan kelima dengan 20 mata setelah mengharungi 12 perlawanan.

Iklan

Bagaimanapun Arteta tetap mengingatkan kesebelasan Arsenal untuk berhati-hati apabila berdepan Newcastle yang disifatkannya sudah mula menunjukkan petanda kebangkitan sejak kebelakangan ini.

Katanya, kesebelasan The Gunners juga diharap tidak terlalu memandang mudah kepada aksi berkenaan jika tidak mahu berputih mata di gelanggang sendiri.

"Kalau diikutkan, kali terakhir mereka (Newcastle) menang berdepan Arsenal adalah pada 2010, tetapi kini semuanya berbeza.

"Mereka dilihat sudah mula membina momentum dengan kehadiran pengurus dan juga jurulatih baharu. Buktinya, mereka berjaya mengikat Brentford 3-3 sebelum ini," katanya.