KPDNHEP perlu proaktif tangani isu kenaikan harga barang

Iklan
Foto hiasan 123RF (Gambar kecil: Mohamed Sukri)

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) digesa untuk lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan harga barangan makanan serta keperluan harian.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, kegagalan menangani permasalahan itu akan memberikan kesan buruk kepada pengguna yang terjejas ketika pandemik Covid-19..

Iklan
Iklan

Menurutnya, KPDNHEP perlu mempunyai pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi isu tersebut selain melakukan pemantauan menyeluruh bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga tanpa kawalan.

"Rakyat sudah jemu mendengar agensi yang terbabit hanya melaporkan 'sedang mengkaji' atau 'sedang bermesyuarat' sedangkan isu (kenaikan harga) terus berlaku.

Iklan

"Pada masa sama perlunya pemantauan menyeluruh pada waktu ini agar tiada peniaga yang cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan sesuka hati atau manipulasi isu ini.

"Terdapat beberapa insiden yang kecoh di media sosial mengenai 'harga kayangan' dan tidak masuk akal yang diadu oleh pelanggan atau pengguna," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan perlu melihat faktor kenaikan harga barangan dan mempertimbangkan pemberian subsidi jika isu tersebut disebabkan kos penghasilan, pembuatan atau modal asas.

"Ia wajar diberikan subsidi bagi meringankan beban pengusaha dan peniaga serta meringankan bebanan belanja rakyat dengan penetapan harga kawalan yang rendah.

"Untuk jangka masa panjang pula, agensi berkaitan boleh mengusahakan pelan memastikan produktiviti negara dihasilkan dengan buatan sepenuhnya secara tempatan bagi mengurangkan kebergantungan barangan luar yang diimport," katanya.

Media sebelum ini melaporkan isu kenaikan harga barangan makanan termasuk ayam, telur serta sayur-sayuran.

Terbaharu, pengeluar roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) menerusi satu kenyataan dilaporkan berkata, pihak syarikat itu akan menyemak semula harga bagi produk-produk keluarannya berkuat kuasa 1 Disember ini susulan peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan.